Rakan Strategik Transformasi Digital

Memacu Transformasi Digital melalui Kepintaran Geospatial

Kami di TERRA LINK SUPPLY & SERVICES (TLS) hadir sebagai rakan strategik yang bersemangat memacu transformasi digital perniagaan anda dalam era Data Raya dan 4IR.

8
Perkhidmatan Teras
4
Projek Utama
4IR
Berteraskan Revolusi Industri
Sistem Geoinformasi Pangkalan Data Geospatial Pemetaan Berdigit Remote Sensing Fotogrametri & Drone GPS / GNSS Analisis Geospatial Integrasi Sistem GIS Latihan & Kursus Permodelan Data Translasi Data Web GIS Sistem Geoinformasi Pangkalan Data Geospatial Pemetaan Berdigit Remote Sensing Fotogrametri & Drone GPS / GNSS Analisis Geospatial Integrasi Sistem GIS Latihan & Kursus Permodelan Data Translasi Data Web GIS

Visi, Misi & Nilai

Visi

Menjadi peneraju dalam menyediakan solusi GIS dan Geoinformasi berteraskan 4IR yang inovatif dan mampu milik di Malaysia.

Misi

Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang Geoinformatik dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) serta pembangunan data geospatial secara profesional dan efisien kepada pelanggan.

Objektif

Memberi perkhidmatan dan sumbangan dalam membangunkan negara secara efisien dan profesional dengan pasukan kerja yang komited, kreatif dan inovatif.

Nilai

Amanah, adil, kualiti, integriti, dedikasi dan akauntabiliti dalam setiap perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan kami.

Analisis Geospatial Terra Link

Rakan Kejayaan Lestari Anda

TERRA LINK SUPPLY & SERVICES (TLS) adalah sebuah firma ikhtisas bumiputera yang menyediakan solusi GIS, Data Raya dan Geoinformasi berteraskan Revolusi Industri 4.0 (4IR). Tumpuan kami lebih cenderung dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS), sains pemetaan dan teknologi geospatial.

Rakan Kejayaan Lestari

Bagi kami, kejayaan sebenar terhasil melalui gabungan kecekapan operasi dan integrasi teknologi pintar. Berbekalkan pengalaman luas membimbing klien memanfaatkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Geoinformasi untuk membuat keputusan yang tepat, kami berdiri teguh sebagai rakan strategik pilihan dalam memacu transformasi digital anda.

Kepakaran Penjamin Kejayaan

Kami memahami bahawa kejayaan bukan sekadar mengenai pulangan pelaburan semata-mata; ia juga menuntut ketepatan maklumat dan kelestarian strategi. Berbekalkan rekod prestasi yang terbukti dalam membimbing organisasi ke arah penguasaan Teknologi Geospatial dan Data Raya era 4IR, kami telah menjadi rakan strategik yang dipercayai dalam industri geoinformasi.

8
Perkhidmatan Ditawarkan
4
Projek Utama Aktif
100%
Bumiputera
4IR
Teknologi Terkini

Perkhidmatan Teras

Terokai rangkaian perkhidmatan menyeluruh kami dan ketahui bagaimana kepakaran teknikal ini boleh disesuaikan demi memenuhi keperluan spesifik organisasi anda.

Strategi Data Geospatial

Perundingan Projek GIS

Analisa Data & Remote Sensing

Integrasi Sistem & Latihan

Rangkaian Perkhidmatan Lengkap

Kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini dalam penawanan data, pemprosesan data dan persembahan data geospatial.

01

Sistem Geoinformasi / GIS

Menjalankan kerja-kerja pembangunan aplikasi GIS termasuk penyediaan pangkalan data GIS. Melakukan proses manipulasi data spatial seperti data conversion, georeferencing dan menganalisa sistem GIS serta pembangunan aplikasi Web GIS.

02

Pemetaan Berdigit (Digital Mapping)

Menjalankan kerja-kerja penyediaan peta dan pelan berdigit seperti peta jalan, peta gunatanah, peta pelancongan, peta utiliti dan pelbagai jenis peta tematik yang diperlukan oleh pelanggan.

03

Fotogrametri & Drone Mapping

Penyediaan ortofoto, mozek terkawal dan mozek tanpa kawal bagi kerja-kerja perancangan pembangunan seperti naik taraf sistem jalanraya, penyelenggaraan landasan, paip gas serta kerja-kerja pengairan dan saliran.

04

Remote Sensing & Penderiaan Jauh

Pemprosesan imej satelit termasuk image georeferencing, image classification, image interpretation dan analisis perubahan tutupan tanah menggunakan teknologi penderiaan jauh terkini.

05

Pembangunan Data Geospatial

Perkhidmatan pembangunan data geospatial merangkumi perolehan data, pembangunan pangkalan data GIS, model analisa, pembangunan aplikasi serta antaramuka pengguna yang mesra.

06

Ukur & Penawanan Data (GPS/GNSS)

Menjalankan kerja ukur GPS/GNSS bagi penawanan data di lapangan serta melakukan pemprosesan data sehingga GIS-Ready untuk digunakan dalam sistem maklumat geografi.

07

Khidmat Perbekalan Peralatan GIS

Menyediakan khidmat perbekalan peralatan sokongan GIS/Geoinformasi seperti meja pendigit (digitizer), plotter, pengimbas (scanner), peralatan GPS/GNSS dan perisian berkaitan.

08

Latihan & Kursus Profesional

Kursus pendek pengendalian perisian GIS dan pemetaan: ArcGIS/ArcMap, MapInfo, AutoCAD Map, Open Source GIS (QGIS, PostGIS), ERDAS/ER-Mapper dan Agisoft untuk fotogrametri.

Pasukan Kami

Komitmen kami adalah untuk mengemudi anda mengharungi arus perubahan teknologi demi mencapai kecekapan operasi. Kami akan membentuk strategi ampuh yang memadankan visi anda dengan kepintaran geospatial dan potensi Data Raya dalam era digital ini.

Fatin Najihah, MF

Fatin Najihah, MF

Manager

Pengurus kami berdedikasi dalam penyampaian solusi pemetaan digital, memandu organisasi anda mengadaptasi amalan inovatif demi hasil yang optimum dan tepat.

Mohd Bakery, MH

Mohd Bakery, MH

Geospatial Analyst

Penganalisis Geospatial kami mengolah data pemetaan kepada informasi strategik, membimbing anda ke arah pembuatan keputusan yang lebih tepat dan strategi yang optimum.

Nur Aleeya. Y, K

Nur Aleeya. Y, K

Operations Coordinator

Penyelaras Operasi kami memastikan kelancaran aliran kerja dan koordinasi projek yang rapi, mengoptimumkan penggunaan sumber demi memacu kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan.

Bukti Kejayaan Kolaborasi

Sebahagian bukti kejayaan kolaborasi kami dengan rakan industri yang progresif. Setiap projek mencerminkan iltizam kami terhadap ketepatan data geospatial dan usaha memacu pertumbuhan strategik melalui teknologi terkini.

Inisiatif Pemetaan Utiliti Pintar
PROJEK 01

Inisiatif Pemetaan Utiliti Pintar

Transformasi Digital Pengurusan Sumber Hutan
PROJEK 02

Transformasi Digital Pengurusan Sumber Hutan

Perancangan Strategik Gunatanah Dan Pembangunan Bandar
PROJEK 03

Perancangan Strategik Gunatanah Dan Pembangunan Bandar

Optimasi Operasi Dan Keselamatan Perlombongan
PROJEK 04

Optimasi Operasi Dan Keselamatan Perlombongan

Platform Yang Kami Gunakan

Kami mahir menggunakan pelbagai platform dan perisian GIS terkemuka untuk memastikan hasil kerja yang berkualiti tinggi.

Ar
ArcGIS / ArcMap
Q
QGIS
Mi
MapInfo
AC
AutoCAD Map
Er
ERDAS / ER-Mapper
Ag
Agisoft
Pg
PostGIS DBMS
OJ
OpenJump
Ko
Kosmo
gV
gvSIG
Py
Python GIS
Wg
Web GIS

Industri Yang Kami Layani

Kepakaran kami merentas pelbagai sektor industri yang memerlukan solusi geospatial dan GIS.

Agensi Kerajaan

Jabatan Ukur, JUPEM, JPS, PBT

Utiliti & Infrastruktur

Tenaga, Air, Telekomunikasi, Gas

Perhutanan & Alam Sekitar

Jabatan Perhutanan, MNRE, JAS

Pembangunan & Hartanah

Pemaju, Perancang Bandar, Arkitek

Perlombongan & Tenaga

Operasi Lombong, Minyak & Gas

Pertanian & Perladangan

Sawit, Getah, Pertanian Moden

Pendidikan & Penyelidikan

Universiti, Institut Penyelidikan

Pengangkutan & Logistik

Jalanraya, Keretapi, Pelabuhan

Bersedia Untuk Transformasi Digital?

Ingin memulakan langkah transformasi digital organisasi anda? Segera hubungi kami bagi mendapatkan khidmat nasihat strategik.

Hubungi Kami Sekarang

Mulakan Langkah Pertama

Ingin memulakan langkah transformasi digital organisasi anda? Segera hubungi kami bagi mendapatkan khidmat nasihat strategik.

Alamat

No. B16-2(B), Jalan KS 1/13
KOTASAS Avenue, Kota Sultan Ahmad Shah
25200 Kuantan, Pahang

Laman Web

terralink.com.my

Pendaftaran

MA0338833-U

Hubungi Kami